Follow us on: Group Alumni Tweet Us! Click Here! Let Watch Images!

Alumni SMKAS

Slip Permohonan & Pembayaran Pendaftaran


Ziarah Kematian Ayahanda kepada Mr. President

Dalam kegembiraan yang dirasai apabila pendaftaran pertubuhan di ROS selesai, berlaku pula satu berita yang mengejutkan buat Ust Shaifulizam dan keluarganya. Dikhabarkan, Ayahandanya, iaitu Arwahyarham Jamaludin telah pun kembali ke Rahmatullah pada jam 2.00 petang di Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim, dekat Kulai.

Arwah telah disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung hasil siasatan doktor perubatan di sana. Ia merupakan satu perkara yang sukar diterima buat keluarga Ust Shaifulizam memandangkan sebelum ini Arwah jarang sekali mengidap penyakit yang serius, tambahan pula tiada tanda-tanda awal, penyakit jantung akan menyerang.

Beberapa orang alumnis telah pun datang menziarahi beliau dan keluarga, antaranya ialah Brother Nazrul Hakim (Pak Yard), Brother Syahmee dan Brother Icut dari generasi SPM 1994 dan juga Brother Lokman Aiman, Timbalan Setiausaha.


Semoga roh Arwah ditempatkan dalam golongan yang beriman dan dipermudahkan perjalanan di sana. Amin.


Pendaftaran Pertubuhan ke ROS, JB

26 April 2012, Khamis - hari ini dalam sejarah, akhirnya PERTUBUHAN ALUMNI SMKA SEGAMAT telah berjaya menghantar borang permohonan online lebih kurang pada pukul 12.45 tengah hari. Ia merupakan langkah terakhir dalam melengkapkan penubuhan dan pendaftaran alumni yang diusahakan oleh Mr. President, Ust Shaifulizam dan Timbalan Setiausaha, Brother Lokman Aiman di Pejabat ROS, berlokasi di KDN, Kempas, JB. ye, akhirnya alumni kita ni akan dapat sijil halal yg sah la kan.. .hehee :

Pada awalnya, telah diadakan pertemuan dengan pegawai yang bertanggungjawab dalam urusan perlembagaan dan pendaftaran iaitu Encik Zainal Abidin. Alhamdulillah, prosedur yang disyaratkan amatlah mudah, tak sepertimana yang dijangkakan kerana ia hanya memerlukan dua hari sahaja untuk diluluskan. Akan tetapi Perlembagaan Pertubuhan yang sedia ada sebelum ini terpaksa dimansuhkan dengan Perlembagaan yang disediakan oleh pihak ROS, Presiden berpendapat jika prosedur memakan masa berhari-hari untuk disemak dan dibetulkan maka lebih baiklah alumni hanya mengguna pakai perlembagaan yang disediakan. 

Setelah tamat pendaftaran melalui online di eROSES, bayaran sebanyak RM30.00 tunai diserahkan tanpa pelbagai sebarang persoalan dan kerenah. mudah kan, kalau tahu lah mcm ni, kami dah buat dari tahun lepas lagi, tapi katanya prosedur ringkas dan mudah ini baru sahaja dikuatkuasakan. Dengan itu, pihak JK hanya menunggu e-mel dan makluman melalui eROSES berkenaan kelulusannya pd 27 April 2012, insyaAllah dipermudahkan sehingga selesai. Amin... .






Kutipan Dana untuk Tabung Alumni

assalamualaikum


untuk makluman, JK Alumni sedang mengadakan kutipan dana melalui satu konsert amal yang bakal diadakan di Dewan Serbaguna Kejora, Bandar Tenggara pada satu tarikh dalam bulan Mei ini. Persembahan khas daripada Kumpulan Brotherz dan sesi cabutan bertuah juga akan diadakan. Mana-mana Alumnis yang berminat untuk ke konsert atau menempah tiket cabutan bertuah bolehlah dibuat melalui Timbalan Setiausaha Alumni, Brother Lokman Aiman (click direktori di Organisasi Jawatankuasa) dengan pembayaran hanya RM25.00 sahaja, RM5.00 untuk setiap tiket akan dimasukkan ke Tabung Pertubuhan Alumni.

Hadiah Cabutan Bertuah:
Utama - Motorsikal Honda EX5
Pertama - TV LCD 32"
Kedua - 4 x iPad 7"
Ketiga - 5 x Motorola Touch Screen
Keempat - 20 x Barangan Elektrik
Saguhati - 70 x Barangan Cenderahati

"jOm tEmpah tikEt sambiL beRamaL.. .ada reZeki dapatLah haDiah beRtuah.. ."


Prog Perkongsian Ilmu Bersama Alumnis - Siri 1

ALHAMDULILLAH, pada 10 April, Selasa yang lepas, JK Alumni telah pun berjaya melaksanakan satu program yang memberi peluang kepada alumnis untuk memberi sedikit pengisian mengenai ilmu, pengalaman dan kerjaya masing-masing. Program ini buat pertama kalinya telah diadakan di Surau Hassan Al-Basri yang dihadiri oleh Warden Asrama dan pelajar putera. 

Slot pertama disampaikan oleh Brother Mohamed Khamis Bin Mohd Sani, SPM 2004, selepas solat Maghrib. Manakala, untuk slot kuliah Subuh hari Rabu disampaikan pula oleh Brother Mohd Nizwan Bin Perayatna, SPM 2005. Pelbagai pengisian telah diberikan dan dilihat pelajar kyang mengikuti slot tersebut berasa teruja dengan kehadiran alumnis dari pelbagai generasi. Turut hadir Setiausaha Agung, Timbalan Setiausaha dan Bendahari Kehormat yang bertindk sebagai pengelola program.

Program ini dijadualkan berkala untuk setiap kali minggu pelajar asrama tidak pulang ke kampung. InsyaAllah, JK Alumni akan mengadakan Siri 2 & Siri 3 pada 20 April & 28 April akan datang. 



Mesyuarat Jawatankuasa Bilangan 01 / 2012

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Hari ni bersamaan dengan hari Sabtu. Kami, jawatankuasa alumni berkumpul untuk memulakan langkah setelah diberi mandat kepercayaan untuk membawa badan alumni ni bergerak ke depan. Antara tentatif yang telah berjalan tadi ialah :

1. Kata-kata aluan dari pengerusi.
- Bacaan Al-Fatihah disedekahkan kepada Almarhumah Bonda Lokman Aiman yang telah kembali ke rahmatullah.
- Terima kasih di atas kehadiran ajk.

2. Pembentangan Laporan Minit Annual Grand Meeting Alumni SMKAS 2012 yang lepas.
- Saudara Mohair Nizam mencadangkan untuk meletakkan tahun terakhir nama-nama yang terdapat dalam minit mesyuarat supaya diketahui umum.
- Usul dari Saudara [ nama yang tidak diketahui..sebab ni usul masa Grand Meeting di bawak semula ke meja meeting JawatanKuasa ]
>> Perkara 19 .
- Mana-mana bahagian di dalam perlembagaan boleh dipinda dengan mengambil kira kiraan majoriti yang setuju di dalam Annual Grand Meeting.
- Draf Pindaan Perlembagaan tersebut hendaklah diajukan kepada AJK Alumni 30 hari sebelum AGM berlangsung untuk diperincikan.

AGM akan diadakan Setahun Sekali.
Perlantikan baru diadakan 3 tahun sekali.
Laporan Mesyuarat Tahunan perlu diserahkan dalam masa 60 hari.

3. Perlantikan EXCO.

1. EXCO Ekonomi dan Keusahawanan               : Bro. Nazreen Jauhari b. Hamdan.
2. EXCO Latihan dan Kepimpian                        : Bro. Amirul Haffiz b. Ariff.
3. EXCO Kebajikan dan Rohani                         : Bro. Shahrizan b. Mohamed.
4. EXCO Hal Ehwal Wanita                               : Sis. Aida bt. Ab. Samad.
5. EXCO Penyelidikan dan Dokumentasi            : Sis. Nur Amirah bte. Mohd Dali.
6. EXCO Sukan Dan Reakreasi                          : Bro. Mohd. Efirul b. A. Rahman.
7. EXCO Khidmat Masyarakat dan Pendidikan  : Bro. Aiman Hakim b. Abd. Rasid.
8. EXCO Diplomasi dan Protokol                      : Sis. Nursyukrina bte MD Khalil.
9. EXCO Perhubungan dan Informasi                 : Bro. Fariz b . Ramlan.

Tahniah kepada Exco yang telah dilantik. Kepada yang tidak hadir, kami beranggapan kalian bersetuju.
(Diam, tanda setuju..hehe) Semoga kita sama-sama dapat menjalankan tugas dengan penuh amanah dan bertanggungjawab.

Pesanan dari Pengerusi :
EXCO yang telah terpilih ini hendaklah :

1. Mencari ahlijawatakankuasa untuk EXCO anda. (eratkan kembali brotherhood and sisterhood kita..)
2. Merancang aktiviti. Sekurang2nya satu aktiviti untuk setahun. (bentangkan untuk next meeting. if boleh proceed.. EXCO lain akan membantu menjayakan program anda).

4. Perancangan Program Alumni.

Short Term.
PROGRAM 48JAM DI BUMI SMKAS.
MARI MENGENANG NOSTALGIA.

Project Manager : EXCO SUKAN DAN REKREASI.
Bro. EFIRUL .
(sesiapa yang berminat untuk menjadi biro di bawah exco sukan dan rekreasi, penyertaan anda amat dialukan untuk menjayakan program)

Tarikh : 21-22 APRIL 2012. (kosongkan jadual anda..hehe)
Fees : RM50/per head.
SASARAN : TERBUKA KEPADA SEMUA GENERASI PELAJAR DAN MURID.

TENTATIVE PROGRAM AKAN DIUPDATE KEMUDIAN.


SEBARANG PERTANYAAN BOLEH BERHUBUNG DENGAN AJK DI PAGE ALUMNI.



-zinnia zenith- 
(sebarang kesilapan, harap dimaafkan. dan sebarang kekeliruan boleh bertanya kepada ajk. sekian)

Album Majlis Perasmian & Mesyuarat Agung Kali Pertama

Seperti yang dah dijanjikan di entry lepas,
saya nak update lagi entry tentang Alumni in Picture Version,
So,

nikmatilah gambar di bawah.

Kredit to :
Brother Azri Atan - FB[ Azri Penyajak Sepi ]
Sister Muslihanniza Tahir - FB[ Muslihanniza Tahir ]
Brother Kocik.
Sorry Kocik, aku lupe nama kau.
Brother Shaharizan Mohamed
Brother Fariz Ramlan.

untuk gambar yang diambil.



Urusetia yang bertungkus lumus panjat pagar pasang banner.
Ha? panjat pagar?. =p

Bersama Ustazah Normah.

Surau Hassan Al-Banna
Cuaca Mendung yang sangat ketara.

Ini barisan brothers yang hadir di hari kejadian.
Saya sangat salute kat Senior senior oltimer yang hadir.
1987,1988 kot. Saya pun tak lahir lagi.

Ini bangunan lama.
Nampak tak bangunan belakang belah kanan?
itu bangunan baru.
4 tingkat.
Er... nasib baik da kuar. kalau tak jenuh jugak nak naik tangga gi kelas hari-hari.

Anda ingat Line Kuning ni?
Di sinilah memori terpacak. =p

Barisan pengompang SMKAS.
Masa ketibaan VVIP.

Ini barisan Sisters yang hadir.

Ustaz Nazom dan Zinnia Zenith.

Upacara Makan makan pun bermula.

Ni time nak setting untuk snap pic.

Kalian,
marilah meramaikan next perjumpaan. 

Maaf.
Gambar ustaz nazom je yang banyak di ambil.
Ustaz Yazid busy.
Ustaz Mad Noor , saya sendiri pun tak nampak die.

Aspuri SMKAS.
Suasana tak berubah.

tangki.
Masih tersergam indah.


Landscape belakang aspuri yang semakin cantik.

Haha.
Ini amaran keras.

Dewan makan kita.

Sessi makan bersama junior.
comel kan junior kite?

Special dedication untuk kalian,
(dulu time kat smkas banyak dedication dedication kan? kek la lagu la cupcake cokelat.)

Apa-apa yang berlaku pada kita di SMKAS,
memang sudah berlalu,
tapi memori dan kenangan yang tinggal takkan pernah padam dari ingatan,
kan?

Jadinya,
hargailah memori tersebut.
kerana yang terindah dalam memori itu
adalah persahabatan.
Sebab ianya kekal.


Kepada senior-senior,
dari alumni ni baru saya kenal kalian.

jadinya,
ini persahabatan baru untuk saya.

Pada saya Alumni berguna,
pada kalian?

Sekian.

p/s : Maaf. mungkin kualiti gambar tidak memuaskan.dan mungkin gambar tak banyak. tapi kita ada video yang dirakam khas oleh Brother Fariz Ramlan. thanks to him.

Sekian dari saya,
Zinnia Zenith.

Laporan Perjalanan Majlis Perasmian & Mesyuarat Agung Kali Pertama


Dimulakan penulisan ini dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Sebelum saya focus terus ke tajuk seperti kat atas ni, saya nak merakamkan ucapan terima kasih kepada Brother Lokman Aiman atas kepercayaan beliau letakkan ke atas saya untuk update blog. saya cuma membantu beliau saja sehingga Exco yang mengambil alih blog ini ditetapkan dalam meeting akan datang.

Ok.
Kembali ke tajuk.

Mesyuarat bermula sekitar jam 2 lebih mengikut tentatif yang telah dirancang oleh pihak penganjur. Saya pun datang hampir pukul 3.30 atas sebab kerja hakiki, nasib baik meeting baru sahaja bermula. First impression saya bila masuk ke ruangan parking kereta, 'Sikitnye yang datang..'. 
Selepas upacara Penyerahan Perlembagaan Alumni dan Perasmian oleh Ibunda Pengetua SMKA Segamat, mesyuarat dimulakan.
Berikut adalah agenda yang berlangsung pada hari kejadian .
1.      Ucapan pembukaan Pengerusi Mesyuarat

Mesyuarat yang dihadiri oleh bekas-bekas pelajar dari pelbagai generasi itu telah dipengerusikan oleh Saudara Khairul Bin Khalid mengikut kepada persetujuan mesyuarat secara majoritinya.
Pengerusi mengucapkan salam sejahtera dan terima kasih di atas kerjasama bekas-bekas pelajar yang hadir.

2.      Laporan JK Penaja Penubuhan Alumni SMKA Segamat

Laporan disampaikan oleh Ust Shaifulizam Bin Jamaludin mengenai diari gerak kerja dan usaha menubuhkan alumni.

3.      Pembentangan dan pengesahan perlembagaan

Pembentangan dilakukan oleh Saudara Lokman Aiman Bin Karjoo, generasi SPM 2007 juga selaku pembuat draf perlembagaan yang telah dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Penaja Penubuhan Alumni SMKA Segamat sebanyak 3 kali. Terdapat beberapa penambahan yang perlu dibuat dalam kandungan tersebut berdasarkan cadangan yang diberikan oleh beberapa ahli mesyuarat. Penambahan tersebut adalah berkaitan dengan urusan mesyuarat dan aturan pindaan, penambahan atau pemansuhan kandungan perlembagaan. Mesyuarat juga bersetuju penambahan tersebut dilakukan oleh badan organisasi yang dilantik dan dibentangkan pada Mesyuarat Agung Kali Kedua akan datang. Akhirnya, terdapat seorang pencadang dan penyokong yang mengusulkan supaya perlembagaan tersebut disahkan terlebih dahulu oleh Pengetua.
                                                                                                                                        
4.      Pemilihan Ahli Organisasi Jawatankuasa Pertubuhan Alumni SMKA Segamat

Mesyuarat diteruskan lagi dengan pemilihan Ahli Organisasi Jawatankuasa mengikut kepada peruntukan dalam perlembagaan. Berdasarkan Bahagian 4 – Badan Organisasi di Perkara 12 dan 13. Mengikut kepada pemilihan yang dibuat, mesyuarat bersetuju mengambil semula Jawatankuasa Tertinggi dalam Jawatankuasa Penaja Penubuhan berikutan urusan awal penubuhan lebih diketahui oleh mereka secara terperinci dan mendalam. Akan tetapi 2 jawatan yang tidak ada pada peringkat tersebut akan dibuat pemilihan termasuk 9 jawatan Exco.



Keputusan adalah seperti berikut:

BIL
JAWATAN
NAMA
GENERASI
MAJLIS TERTINGGI
1
PRESIDEN
SHAIFULIZAM BIN JAMALUDIN
SPM 1994
2
TIMBALAN PRESIDEN 1
MOHD FAISAL AZIZI BIN MOHAMED BASIR
SPM 1992
3
TIMBALAN PRESIDEN 2
MOHAIR NIZAM BIN JOHARI
SPM 1994
4
SETIAUSAHA AGUNG
MOHAMAD YAZID BIN ABDUL MAJID
SPM 1994
5
TIMBALAN SETIAUSAHA
LOKMAN AIMAN BIN KARJOO
SPM 2007
6
BENDAHARI KEHORMAT
MOHD NAZOM BIN MOHD YUSOF
SPM 1994
7
JURU AUDIT
SUZANA BINTI ABD WAHID
SPM 1992
MAJLIS EXCO
8
EXCO-EXCO
NAZREEN JAUHARI BIN HAMDAN
SPM 1992
9
AIDA BINTI AB SAMAD
SPM 1994
10
MOHD FARIZ BIN RAMLAN
SPM 1996
11
SHAHRIZAN BIN MOHAMED
SPM 1997
12
AMIRUL HAFFIZ BIN ARIFF
SPM 1998
13
MOHD EFIRUL BIN A RAHMAN
SPM 2004
14
NURSYUKRINA BINTI MD KHALIL
SPM 2005
15
NUR AMIRAH BINTI MOHD DALI
SPM 2007
16
AIMAN HAKIM BIN ABD RASID
SPM 2008

                Jawatan atau peranan bagi mereka yang telah dipilih untuk menjadi ahli Majlis Exco akan ditetapkan pada Mesyuarat Organisasi Jawatankuasa yang akan dihadiri oleh Pengetua merangkap Penaung Pertubuhan.

5.      Ucaptama Presiden Pertubuhan Alumni SMKA Segamat

Ucapan pertama selaku Presiden Pertama Pertubuhan disampaikan oleh Ust Shaifulizam Bin Jamaludin. Beliau sangat-sangat memerlukan sokongan dan juga kerjasama daripada semua bekas-bekas pelajar agar pertubuhan yang telah diperuntukkan matlamatnya di dalam Perlembagaan Pertubuhan akan menjadi satu badan sokongan yang terpenting kepada sekolah. Selain itu, beliau berharap dengan adanya satu pertubuhan yang rasmi, bekas pelajar dapat memainkan peranan bukan sahaja dengan wang ringgit malah juga tenaga dan masa walaupun sebesar zarah.

6.      Sesi cadangan

Pelbagai cadangan telah dikemukakan oleh ahli mesyuarat supaya pertubuhan yang baru sahaja dirasmikan akan bergerak dengan aktif.

7.      Sesi soal dan jawab

Agenda terakhir ini telah pun menyempurnakan aturan mesyuarat agung yang dijalankan apabila ahli mesyuarat tidak mengajukan apa-apa soalan yang berkaitan.


Haha. Yes. Bila berakhirnya sessi soal jawab, maka sessi makan makan pun bermula.
Apa yang saya boleh katakan untuk sessi makan makan ni, BAKSO memang terbaik. Kan?
Ada Mee Hoon goreng.
Ada Air 2 jenis.
Karipap dan Donut.
Dan macam-macam lagi.

Sekian sahaja laporan informal untuk Mesyuarat Agung Kali Pertama yang dibawa khas dari perkarangan Dewan Lukman Al-Hakim SMKA Segamat. (ceh..dah macam reporter).

Terima kasih.

Next Entry : Mesyuarat Alumni [Versi Gambar]

p/s : Maaf kepada semua. Entry di karang dengan tidak formal supaya bacaan tidak menjadi formal dan membosankan. Walaupun ini blog Alumni, tapi juadah entry yang disediakan adalah versi Santai. Sebarang komen dan cadangan, sangat diminta dari kalian. Thanks.