Follow us on: Group Alumni Tweet Us! Click Here! Let Watch Images!

Alumni SMKAS

Kelulusan Pertubuhan 30.04.2012

  


assalamualaikum, dimaklumkan berita gembira untuk alumnis sekalian.

30.04.2012, Isnin - hari ini dalam sejarah, apabila PERTUBUHAN ALUMNI SMKA SEGAMAT telah pun sah dan lulus di bawah Seksyen 7, Akta Pertubuhan 1966. Sijil kelulusan di atas telah pun dikeluarkan sejurus kelulusan dibuat oleh Dato' Abdul Rahman Bin Othman, Pendaftar Pertubuhan Malaysia.

Pegawai bertindak di Johor Bahru, iaitu Encik Zainal Abidin Bin Shahadan telah pun memaklumkan kepada Timbalan Setiausaha melalui e-mel pada awal pagi tadi. Semoga dengan kelulusan yang diberikan oleh pihak ROS akan menjadi pemangkin kepada alumnis untuk menyertai program dan aktiviti yang dirancang oleh JK.

Turut dimaklumkan, Perlembagaan Pertubuhan yang disahkan pada Mesyuarat Agung Kali Pertama pada 12.11.2011 kini telah dimansuhkan oleh Perlembagaan Pertubuhan yang disediakan pihak ROS.

jom, kita support pertubuhan yg dah sah ini! Dah takde keraguan lagi ni, kabarkan pd rakan batch yg lain ok.. . :

TERIMA KASIH

Slip Permohonan & Pembayaran Pendaftaran


Ziarah Kematian Ayahanda kepada Mr. President

Dalam kegembiraan yang dirasai apabila pendaftaran pertubuhan di ROS selesai, berlaku pula satu berita yang mengejutkan buat Ust Shaifulizam dan keluarganya. Dikhabarkan, Ayahandanya, iaitu Arwahyarham Jamaludin telah pun kembali ke Rahmatullah pada jam 2.00 petang di Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim, dekat Kulai.

Arwah telah disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung hasil siasatan doktor perubatan di sana. Ia merupakan satu perkara yang sukar diterima buat keluarga Ust Shaifulizam memandangkan sebelum ini Arwah jarang sekali mengidap penyakit yang serius, tambahan pula tiada tanda-tanda awal, penyakit jantung akan menyerang.

Beberapa orang alumnis telah pun datang menziarahi beliau dan keluarga, antaranya ialah Brother Nazrul Hakim (Pak Yard), Brother Syahmee dan Brother Icut dari generasi SPM 1994 dan juga Brother Lokman Aiman, Timbalan Setiausaha.


Semoga roh Arwah ditempatkan dalam golongan yang beriman dan dipermudahkan perjalanan di sana. Amin.


Pendaftaran Pertubuhan ke ROS, JB

26 April 2012, Khamis - hari ini dalam sejarah, akhirnya PERTUBUHAN ALUMNI SMKA SEGAMAT telah berjaya menghantar borang permohonan online lebih kurang pada pukul 12.45 tengah hari. Ia merupakan langkah terakhir dalam melengkapkan penubuhan dan pendaftaran alumni yang diusahakan oleh Mr. President, Ust Shaifulizam dan Timbalan Setiausaha, Brother Lokman Aiman di Pejabat ROS, berlokasi di KDN, Kempas, JB. ye, akhirnya alumni kita ni akan dapat sijil halal yg sah la kan.. .hehee :

Pada awalnya, telah diadakan pertemuan dengan pegawai yang bertanggungjawab dalam urusan perlembagaan dan pendaftaran iaitu Encik Zainal Abidin. Alhamdulillah, prosedur yang disyaratkan amatlah mudah, tak sepertimana yang dijangkakan kerana ia hanya memerlukan dua hari sahaja untuk diluluskan. Akan tetapi Perlembagaan Pertubuhan yang sedia ada sebelum ini terpaksa dimansuhkan dengan Perlembagaan yang disediakan oleh pihak ROS, Presiden berpendapat jika prosedur memakan masa berhari-hari untuk disemak dan dibetulkan maka lebih baiklah alumni hanya mengguna pakai perlembagaan yang disediakan. 

Setelah tamat pendaftaran melalui online di eROSES, bayaran sebanyak RM30.00 tunai diserahkan tanpa pelbagai sebarang persoalan dan kerenah. mudah kan, kalau tahu lah mcm ni, kami dah buat dari tahun lepas lagi, tapi katanya prosedur ringkas dan mudah ini baru sahaja dikuatkuasakan. Dengan itu, pihak JK hanya menunggu e-mel dan makluman melalui eROSES berkenaan kelulusannya pd 27 April 2012, insyaAllah dipermudahkan sehingga selesai. Amin... .






Kutipan Dana untuk Tabung Alumni

assalamualaikum


untuk makluman, JK Alumni sedang mengadakan kutipan dana melalui satu konsert amal yang bakal diadakan di Dewan Serbaguna Kejora, Bandar Tenggara pada satu tarikh dalam bulan Mei ini. Persembahan khas daripada Kumpulan Brotherz dan sesi cabutan bertuah juga akan diadakan. Mana-mana Alumnis yang berminat untuk ke konsert atau menempah tiket cabutan bertuah bolehlah dibuat melalui Timbalan Setiausaha Alumni, Brother Lokman Aiman (click direktori di Organisasi Jawatankuasa) dengan pembayaran hanya RM25.00 sahaja, RM5.00 untuk setiap tiket akan dimasukkan ke Tabung Pertubuhan Alumni.

Hadiah Cabutan Bertuah:
Utama - Motorsikal Honda EX5
Pertama - TV LCD 32"
Kedua - 4 x iPad 7"
Ketiga - 5 x Motorola Touch Screen
Keempat - 20 x Barangan Elektrik
Saguhati - 70 x Barangan Cenderahati

"jOm tEmpah tikEt sambiL beRamaL.. .ada reZeki dapatLah haDiah beRtuah.. ."


Prog Perkongsian Ilmu Bersama Alumnis - Siri 1

ALHAMDULILLAH, pada 10 April, Selasa yang lepas, JK Alumni telah pun berjaya melaksanakan satu program yang memberi peluang kepada alumnis untuk memberi sedikit pengisian mengenai ilmu, pengalaman dan kerjaya masing-masing. Program ini buat pertama kalinya telah diadakan di Surau Hassan Al-Basri yang dihadiri oleh Warden Asrama dan pelajar putera. 

Slot pertama disampaikan oleh Brother Mohamed Khamis Bin Mohd Sani, SPM 2004, selepas solat Maghrib. Manakala, untuk slot kuliah Subuh hari Rabu disampaikan pula oleh Brother Mohd Nizwan Bin Perayatna, SPM 2005. Pelbagai pengisian telah diberikan dan dilihat pelajar kyang mengikuti slot tersebut berasa teruja dengan kehadiran alumnis dari pelbagai generasi. Turut hadir Setiausaha Agung, Timbalan Setiausaha dan Bendahari Kehormat yang bertindk sebagai pengelola program.

Program ini dijadualkan berkala untuk setiap kali minggu pelajar asrama tidak pulang ke kampung. InsyaAllah, JK Alumni akan mengadakan Siri 2 & Siri 3 pada 20 April & 28 April akan datang.