Follow us on: Group Alumni Tweet Us! Click Here! Let Watch Images!

Alumni SMKAS

Diari Gerak Kerja Penubuhan Alumni

20 Ogos 2011                        :
Mesyuarat Jawatankuasa Penaja Penubuhan Kali Pertama

Demi mewujudkan satu kumpulan yang merangkumi semua bekas pelajar SMKA Segamat, maka satu perbincangan kecil telah dilakukan sekaligus membentuk Jawatankuasa Penaja Penubuhan Alumni SMKA Segamat yang berperanan sebagai pelaksana untuk menubuhkan semula Alumni. Jawatankuasa tersebut telah pun dianggotai seramai 9 orang ahli daripada pelbagai generasi dan dilantik di dalam mesyuarat mengikut peranan yang tertentu. Ianya disokong serta disahkan oleh Puan Pengetua SMKA Segamat melalui seorang guru iaitu Guru Penolong Kanan 1. Mesyuarat di akhiri dengan Majlis Berbuka Puasa secara sederhana bersama adik-adik pelajar SMKA Segamat di Dewan Makan Al-Hidayah.

10 September 2011  :          
Mesyuarat Jawatankuasa Penaja Penubuhan Kali Kedua

Usaha kali ini membuahkan hasil apabila seramai 18 orang ahli baru dilantik menjadi ahli dan menjadikan jumlah ahli jawatankuasa ialah 27 orang. Segala perbincangn mengenai hala tuju pertubuhan, direktori, Mesyuarat Agung Kali Pertama dan pembentangan Draf Pertama Perlembagaan telah dilakukan dengan jayanya di Bilik Mesyuarat SMKA Segamat.

15 Oktober 2011       :          
Mesyuarat Jawatankuasa Penaja Penubuhan Kali Ketiga
Mesyuarat kali ini membincangkan perancangan dan persiapan untuk mengadakan satu majlis yang gilang-gemilang dan akan mengukir sejarah, iaitu Mesyuarat Agung Kali Pertama di mana upacara perasmian pertubuhan akan disempurnakan oleh Mantan Pengetua Pertama, Tn. Hj. Paiman Bin Jemo. Semua ahli jawatankuasa juga telah memberikan respon dan komitmen yang positif terhadap persiapan seperti yang telah diputuskan pada mesyuarat sebelumnya.


ANTARA PERUNTUKAN YANG TERKANDUNG DI DALAM PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN:

Perkara 3 (2)             :          

Pertubuhan dinamakan secara rasmi sebagai Pertubuhan Alumni SMKA Segamat dalam urusan, pelaksanaan, tindakan atau mana-mana perkara yang berkaitan.

Perkara 4 (1)             :          

Pertubuhan memperuntukkan sesuatu secara mendalam yang merangkumi perkembangan masa depan untuk dicapai iaitu menjadi sebuah badan sokongan yang berperanan penting dalam membantu mewujudkan modal insan cemerlang disamping memacu dan memperkasakan bidang pendidikan demi faedah insan untuk membina generasi yang berwawasan secara khidmat bakti yang relevan dan nilai tambah melalui strategi, tindakan dan usaha yang berpatutan.

Perkara 7 (1)             :          

Mana-mana individu yang pernah menjadi seorang pelajar di SMKA Segamat dan didapati memenuhi syarat yang diperuntukkan dalam Perlembagaan ini adalah layak melainkan jika tidak menghendaki atau dikehendaki menjadi ahli.

DIREKTORI:

PERTUBUHAN ALUMNI SMKA SEGAMAT
KM 5, Jalan Genuang, 85000
Segamat Baru, Segamat,
Johor Darul Ta’zim.
: http://alumni-smkas.blogspot.com
: Alumni SMKA Segamat