Follow us on: Group Alumni Tweet Us! Click Here! Let Watch Images!

Alumni SMKAS

Program Clash of Career sempena Minggu Kerjaya SMKA Segamat

Alhamdulillah semalam telah selesai sesi dialog kerjaya melalui program "clash of career" yang dianjurkan oleh Biro Prauniversiti dengan kerjasama Unit Bimbingan & Kaunseling, SMKA Segamat. Insyaallah program ini akan diadakan setiap bulan seperti yang dirancangkan.

Terima kasih tuan moderator Cikgu Zahid Musa - Gen14 , panelis  Bro Azri Ibnu Atan - Gen14 dan Dr Izzati Amsah - Gen14 at

as perkongsian yang bermanfaat. Moga usaha kecil ini diberkati insyaallah.

Untuk "clash of career" bulan mei, kita tungguuuuuuuuuuuu!!!

*belanja selfie satu kali!






Mesyuarat JK Induk Bil. 2/2016

Turut hadir - Presiden Mohd Faisal Azizi (GenPertama), Setiausaha Lokman Aiman (Gen16), Penolong Setiausaha Mohamad Yazid (Gen3), Bendahari Salehan (Gen3) dan Juruaudit Muhammad Amrun (Gen17).



JK Induk bermesyuarat malam tadi bertempat di Bangi, Selangor DE. Kali ini secara santai sambil ber"kabsah" di Tareem Hadramawt & antara yg telah dibincangkan ialah projek kluster jgka panjang alumni. InsyaAllah, bakal dibentangkan kepada semua ahli apabila perancangan telah lengkap disediakan.

5 Matlamat Pertubuhan


Carta Organisasi Pertubuhan


PROGRAM INTELEK INSANIAH TAUTAN MAHASISWA 2013 (INTIM) - 20 - 22 Sept 2013

Selesai sudah prog ke-4 Alumni tahun ni, Intelek Insaniah Tautan Mahasiswa (INTIM 2013) utk pelajar Enam Atas, anjuran Biro PraU. terima kasih kpd semua AJK Pelaksana, guru2 & calon2 STPM. [20 - 22 Sept, 2013]





AHLAN WA SAHLAN TUAN PENGETUA BARU


Pihak Jawatankuasa dan seluruh warga Alumni mengucapkan Ahlan Wa Sahlan dan selamat bertugas sebagai Pengetua Ke-8 SMKA Segamat. Tuan Hj. Ismail Bin Mohmd yang berasal dari negeri Melaka ini adalah bekas Ketua Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Negeri Melaka.

IFTAR JAMAIE BIRO PRAUNIVERSITI - 01 Ogos 2013

MABRUK!!! Program ke-3 Alumni yang dianjurkan oleh Biro PraUniversiti bersama-sama pelajar tingkatan 6. Program yang dimulakan dengan perkongsian ilmu serta riadah petang itu diakhiri dengan berbuka puasa secara berjemaah dan solat sunat tarawikh. Majlis dihadiri oleh guru-guru PraUniversiti, Presiden, Setiausaha Agung, Exco PraUniverisiti dan semua ahli Biro PraUniversiti.

PROGRAM PERKONGSIAN ILMU BERSAMA ALUMNIS - 02 Mac 2013

Buat pertama kalinya, Timbalan Presiden 2 Alumni, Brother Mohair Nizam Bin Johari, SPM 1994 mengadakan sesi perkongsian ilmu untuk adik-adik SEMANGAT SEMEKAS. Program berlangsung di Surau Hassan Al-Basri yang dihadiri oleh warden dan pelajar-pelajar asrama putera.

KEM ILMU, APLIKASI DAN MOTIVASI (KIAM) 02 - 03 Feb 2013

berakhir sudah prog KIAM 2013. syukran kasiran kpd fasi dari Generasi Ke-18 - Batch SPM 2009 atas usaha selama dua hari.

(duduk, dari kanan - Bro M Nazom, B/H Kehormat; Bro Mohamad Yazid, S/U Agung; Ust Sharifuddin Sulaiman, GPK HEM; Ust Hj Jamil Hussin, GPK 1 / Pemangku Pengetua; Bro Shaifulizam, Presiden; Bro Mohd Faisal Azizi, Timb. Presiden 1 dan Bro Lokman Aiman, Timb. S/U)
(berdiri, dari kanan - mengikut tagged name)
 — with Rasydan AhmadRadhi Azli Ali,Muhammad FaizMuhd Rafiq SaharAzizol ShafieeHarun Al RashidNiesah Adnan,Fatin SamsudinNurhidayah KamaruzamanSafiah AsraruddinMasyitah Khidzir,Fatin KhairunnisaFaRah AiNa and Nisa Afiqa.

gurau senda fasi bersama calon SPM 2013 Putera

aktiviti di dalam Dewan Luqman Al-Hakim


Fasi perempuan bersama calon SPM 2013 Puteri

HEBAHAN - AGM & ROMBAKAN JK (Berkuatkuasa mulai 25 Sept 2013)

HEBAHAN kpd semua Alumnis mengenai beberapa perkara, berdasarkan keputusan Presiden & Jawatankuasa.

A. Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) - Berdasarkan kpd Fasal 7 (3), hendaklah diadakan dalam tempoh 24 bulan drpd AGM terakhir, 12 Nov 2011. Jika mengikut kiraan, AGM seterusnya hendaklah diadakan sebelum 12 Nov 2013, namun disebabkan Pertubuhan ini masih belum kukuh sepenuhnya, disamping banyak perkara asas yang perlu diselesaikan dan dipercayai korum tidak akan mencukupi, maka TELAH DIPUTUSKAN untuk melanjutkannya dan akan diadakan dalam tempoh satu tahun. TINDAKAN bagi memaklumkan kepada pihak ROS akan dilakukan dalam masa terdekat.

B. Rombakan Organisasi Jawatankuasa (Penstrukturan Semula) - Berdasarkan kpd Fasal 8 (9) dan (10), JK mempunyai kuasa menentukan bagi kepentingan Pertubuhan. Maka, TELAH DIPUTUSKAN 3 orang Exco berikut digugurkan dari JK:

1. Aiman Hakim Bin Abd Rasid - Exco Khidmat Masyarakat & Pendidikan
2. Nursyukrina Binti Md Khalil - Exco Diplomasi & Protokol
3. Fariz Bin Ramlan - Exco Perhubungan & Informasi

dan

TELAH DIPUTUSKAN rombakan semula JK dinama melibatkan penjenamaan semula 10 buah Biro sedia ada, kepada 6 buah Biro sahaja seperti berikut:

1. Biro Ekonomi & Keusahawanan - dikekalkan -> Exco *kosong*, Timbalan Exco Nazreen Jauhari Bin Hamdan
2. Biro Khidmat Masyarakat & Kebajikan - gabungan Biro Kebajikan & Kerohanian dan Biro Khidmat Masyarakat dan Pendidikan -> Exco 
Shahrizan Bin Mohamed, Timbalan Exco *kosong*
3. Biro Diplomasi & Publisiti - gabungan Biro Diplomasi & Protokol dan Biro Perhubungan & Informasi -> Exco *kosong*, Timbalan Exco *kosong*
4. Biro Pembangunan & Sukan - gabungan Biro Latihan & Kepimpinan dan Biro Sukan & Rekreasi -> Exco Amirul Haffiz Bin Ariff, Timbalan Exco Mohd Efirul Bin A Rahman
5. Biro HELWANIS & Dokumentasi - gabungan Biro Hal Ehwal Wanita dan Biro Penyelidikan & Dokumentasi -> Exco Aida Binti Ab Samad, Timbalan Exco Nur Amirah Binti Mohd Dali
6. Biro PraUniversiti - dikekalkan -> Exco Salleh Bin Tugimin, Timbalan Exco Nabilah Binti Sulaiman

TINDAKAN bagi pemilihan untuk mengisi 4 kekosongan jawatan akan dilakukan dalam masa terdekat.

BERKUATKUASA pada 25 SEPTEMBER 2013.

Sekian, terima kasih.

>Mesyuarat JK Bil. 2 / 2013, 22 Sept 2013, Ahad

HEBAHAN - GALERI ALUMNI SEMPENA JUBLI PERAK SMKA SEGAMAT

ASSALAMUALAIKUM

ALUMNIS SMKA SEGAMAT sekalian,

Selamat Menyambut Tahun Jubli Perak - 25 Tahun SMKA Segamat
(SEMEKAS - SEMANGAT)

Untuk makluman, sebuah Galeri Jubli Perak sedang dalam pembinaan. Mengikut perancangan Galeri tersebut akan dirasmikan pada SAMBUTAN JUBLI PERAK - 25 TAHUN SMKA SEGAMAT yang dijangka berlangsung pada 19 Oktober 2013 ini. Galeri tersebut akan menjadi tempat simpanan pelbagai sejarah bermula daripada Generasi Pertama sehinggalah Generasi Ke-25 (1988 - 2013) terutamanya potret, album dan direktori bekas-bekas pelajar.

Galeri tersebut memerlukan:

1. Jumlah perbelanjaan sebanyak RM10,000.00;
2. Dua set penghawa dingin; dan
3. Keperluan lain bagi keselesaan galeri (karpet, almari, meja, kerusi, langsir)

Justeru, dengan sukacitanya, pihak Jawatankuasa memerlukan sumbangan PERIBADI atau MENGIKUT BATCH saudara / saudari sekalian bagi mencukupkan keperluan di atas.

Sebagai warga alumni, kami juga memerlukan maklumat peribadi saudara / saudari yang telah berkerjaya untuk menghiasi ruang galeri tersebut dengan membuat potret tokoh alumni. Maklumat yang diperlukan boleh diisi dengan Borang Pendaftaran Atas Talian (Online Application Form - ePASES) melalui link berikut:

https://docs.google.com/spreadsheet/viewform?formkey=dGxmZlFXUTktV0hQdlJielhWV2NITEE6MQ

Bagi yang berhasrat untuk membuat potret tokoh alumni, sekeping gambar terkini (soft copy), kata-kata hikmah atau nasihat dan kos penyediaan potret tersebut diperlukan. Saudara / Saudari bolehlah menghulurkan sumbangan wang untuk KOS PERBELANJAAN GALERI atau KOS PENYEDIAAN POTRET melalui akaun berikut:

Bank: Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)

Nombor akaun: 01-078-02-030201-3

Atas nama: SHAIFULIZAM BIN JAMALUDIN, MOHAMAD YAZID BIN ABDUL MAJID, M NAZOM BIN MOHD YUSOF
(satu daripada penama akaun tersebut akan tertera)

Bagi mereka yang membuat sumbangan ke akaun, sila SMS maklumat berikut ke 0197776241 atau 0139897478:

1. NAMA
2. GENERASI
3. TARIKH DAN MASA
4. NOMBOR RUJUKAN
5. JUMLAH SUMBANGAN

Bagi yang berhasrat untuk menyumbangkan set penghawa dingin atau keperluan lain bagi keselesaan galeri bolehlah menghubungi terus melalui nombor:

0197776241 - Mohamad Yazid Bin Abdul Majid, Setiausaha Agung
0139897478 - Lokman Aiman Bin Karjoo, Timbalan Setiausaha

Tambahan, kami juga mengalu-alukan sumbangan alumnis sekalian untuk menghantar gambar (soft copy) batch masing-masing untuk diwujudkan album mengikut generasi. Sebarang maklum balas mengenai soft copy gambar dan kata-kata hikmah atau nasihat untuk potret serta sebarang pertanyaan lanjut bolehlah diajukan terus ke e-mel rasmi Alumni.

Sekian, terima kasih.

"BERSATU DEMI FAEDAH INSAN"

JAWATANKUASA
PERTUBUHAN ALUMNI SMKA SEGAMAT

Blog: http://alumni-smkas.blogspot.com/
E-mail: alumni.smkas@gmail.com
Facebook: https://www.facebook.com/groups/alumnismkas/
Twitter: https://twitter.com/Alumni_SMKAS
Facebook (SEMEKAS - SEMANGAT): https://www.facebook.com/semangat.sekolahklusterkecemerlangan

Pengiktirafan sebagai "Sekolah Kluster Kecemerlangan"

HARI INI DALAM SEJARAH,

05.04.2013 - SMKA Segamat telah dianugerahkan dan diiktiraf sebagai "Sekolah Kluster Kecemerlangan" bagi Fasa 7 Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Program Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan ini telah memberi peluang kepada warga SMKA Segamat bagi membuktikan pencapaian dalam bidang kurikulum serta kokurikulum seiring dan setaraf dengan sekolah-sekolah cemerlang yang lain.

Syabas dan tahniah diucapkan, terutama kepada barisan pendidik serta warga sekolah yang bertungkus lumus demi menaikkan martabat sebuah sekolah agama.

Majlis penyerahan peruntukan bagi penjenamaan tersebut telah disampaikan di Dewan Serbaguna, Kompleks E, Putrajaya kepada Tuan Hj. Jamil, selaku Guru Penolong Kanan 1 (GPK 1) merangkap Pemangku Pengetua SMKA Segamat.

RM250,000.00 sebagai peruntukan khas

Sijil Pengiktirafan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia

Jubli Perak SMKA Segamat

hari ini, 03 Januari 2013



SELAMAT ULANG TAHUN KE-25
SMKA SEGAMAT - JUBLI PERAK


semoga SMKA Segamat terus cemerlang dan gemilang

semoga menjadi alumnis yang terbilang dan lebih berproduktiviti

"Pembina Generasi Islam"


tarikh 03 Januari ini diambil sempena tarikh guru-guru melaporkan diri dengan Pengetua, Ust. Hj. Paiman Jemo (Pengasas SMKA Segamat)



Perutusan Presiden Sempena Hari Raya Aidilfitri 1433 Hijrah


PERUTUSAN PRESIDEN SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI 1433 HIJRAH

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera. Salam 1Malaysia.
Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar! Wa liLlahil hamd.

Alhamdulillah, dengan limpah kurnia serta inayahnya, dapatlah kita menyambut Syawal dengan rasa gembira dan penuh kesyukuran. Setelah sebulan berpuasa di bulan Ramadan, maka tibalah kini untuk kita bersama-sama meraikan kemenangan seperti mana kemenangan menahan hawa nafsu dan ujian. Itulah sebenarnya fitrah manusia yang telah ditetapkan oleh Yang Maha Esa.

Saudara saudari sekalian,
Pertubuhan Alumni SMKA Segamat, kini bergerak aktif dengan menganjurkan pelbagai program serta aktiviti semenjak dirasmikan penubuhannya pada 12 November 2011 yang lepas. Walaupun ia adalah kesinambungan kepada usaha penubuhannya yang tertangguh pada tahun 1998 dahulu, akan tetapi semangat alumnis untuk memberikan kerjasama serta sokongan tidaklah dapat dinafikan. Ucapan jutaan terima kasih ditujukan khas terutamanya kepada barisan Jawatankuasa yang terdiri daripada pelbagai generasi. Natijahnya, pendaftaran Pertubuhan telah pun disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia pada tarikh keramat 30 April 2012.

Sebagai memenuhi matlamat utama penubuhannya, Pertubuhan yang kini menjadi badan sokongan kedua kepada pihak sekolah selepas PIBG, usaha menganjurkan program serta aktiviti setiap bulan berjaya dilaksanakan. Antara yang paling mendapat sambutan ialah Program Perkongsian Ilmu Bersama Alumnis, Ceramah Kesihatan, ceramah agama sempena hari kebesaran Islam dan juga Majlis Bacaan Tahlil & Yaasin + Iftar Jamaie Alumni. Untuk pengetahuan juga, sempena Syawal ini, Trip Raya Alumni akan dijalankan dalam dua siri, iaitu sekitar daerah Segamat dan Batu Pahat. Program Berkampung 48 Jam di Bumi SMKAS juga telah giat dipromosikan dan akan menjadi program utama pada tahun ini.

Justeru, sukalah saya menyeru dan mengajak alumnis sekalian supaya turun padang bagi bersama-sama mengikut serta program dengan mendapatkan maklumat di laman blog, facebook dan juga twitter. Tibalah masanya untuk kita membalas apa jua kebaikan yang telah diberikan dan diperolehi daripada Sekolah yang amat kita cintai ini dengan menghulurkan apa jua sumbangan dan bantuan baik dari segi kewangan, kudrat, idea dan juga sokongan moral. Sebagai permulaannya tiada apa yang lebih utama melainkan ingin mengeratkan ikatan di antara generasi senior dan junior, maka penglibatan daripada semua generasi amatlah dialu-alukan tambahan pula di bulan kemenangan umat Islam ini. Saudara Saudari sekalian,

Bagi mengakhiri perutusan ini, saya mewakili semua Jawatankuasa yang terdiri daripada Majlis Tertinggi dan Exco-Exco, mengucapkan Salam Hari Raya Aidilfitri. Salah kita dengan Allah, kita bertaubat. Salah kita sesama manusia, kita pohon ampun dan maaf. Dengan kerendahan hati dan membuang ego yang menggunung, saya dan barisan Jawatankuasa Pertubuhan Alumni SMKA Segamat memohon maaf di sepanjang perkenalan di alam nyata ini.

Bagi alumnis yang akan mungkin dalam perjalanan atau pun akan pulang ke kampung, berhati-hatilah di jalan raya. Pastikan keselamatan diri dan kenderaan anda diutamakan. Manakala bagi yang tidak pulang ke kampung, samada berada di luar negara atau di tanah air sendiri, janganlah bersedih kerana peluang akan menyinar di lain masa. InsyaAllah, didoakan kepada semua agar selamat dan diberkati sepanjang Syawal ini walau dimana jua anda berada.

. Dengan izin Allah, kita terus berdoa, agar momentum ibadat kita berterusan dan pemahaman kita tentang hidup berTuhan semakin meningkat lalu menyedarkan hakikat kita hidup sebagai hamba Allah SWT. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Minal Aidil Wal Faizin. Semoga sepanjang tahun ini, kita berada dalam kebaikan-bikhair & diterima segala amalan kebajikan kita. Amin Ya Rabbal ‘Alamin.

Shaifulizam Bin Jamaludin,
Presiden,
Pertubuhan Alumni SMKA Segamat

Majlis Bacaan Yaasin & Tahlil + Iftar Jamaie Alumni

perkumpulan semula alumnis SMKA Segamat yang terdiri daripada generasi pertama, SPM 1992 hinggalah yg terkini, SPM 2011. Majlis dimulakan dengan bacaan Yaasin dan tahlil di Surau Hassan Al-Hasri dan disusuli dengan sesi perkenalan semua yang hadir. GPK HEM, Ust Sharifuddin Sulaiman juga turut hadir ketika sesi berbuka puasa buah tamar dan air. Kemudian jamuan Iftar Jamaie selepas solat Maghrib. Kehadiran Ust Zainal Abidin Bin Sakiran, iaitu Penaung Pertubuhan telah mengejutkan kami ketika sesi penggambaran dilakukan. Selesai solat Isyak dan tarawikh bersama pelajar putera dan puteri di surau, sesi moreh pula diadakan di kedai makan luar bersama-sama beberapa orang JK Pertubuhan.
sekalung tahniah bagi mereka yang dapat hadir, walaupun sambutan tidak mencapai seramai 50 orang, Pertubuhan tetap akan aktif menjalankan program.

Ceramah Ihya' Ramadan 1433

Program terakhir Pertubuhan sebelum Ramadan menjelang.
CERAMAH IHYA' RAMADAN yang disampaikan oleh Ust Mohd Faiz Bin Abidin, Pegawai Hal Ehwal Islam (Pentafsir Al-Quran) di Pejabat Agama Daerah Segamat.
Ceramah yang disampaikan lebih kurang 1 jam setengah itu telah diajukan pelbagai soalan daripada pelajar putera dan puteri, terutamanya mengenai hukum hakam perbuatan dan ibadah dimbulan Ramadan.
telah dihadiri oleh GPK HEM - Ust Sharifuddin Sulaiman, Ust Rumaja Sarmin, Ust Abdul Hadie dan Ust M Nazom juga sebagai Bendahari Kehormat bagi Pertubuhan. Selan itu, Timbalan Presiden 1 - Sdr Mohd Faisal Azizi, Timbalan Setiausaha - Sdr Lokman Aiman dan Exco Hal Ehwal Wanita - Pn. Aida Ab Samad juga hadir bagi pihak Jawatankuasa.

Mesyuarat JK Bil. 3 / 2012

sebahagian ahli JK Alumni ketika tamatnya Mesyuarat JK Bil. 3 / 2012 yg diadakan di Bilik Guru, SMKAS.
mesyuarat telah membincangkan mengenai program yg bakal diadakan pada bulan Ramadhan dan Syawal nanti, antaranya ialah Ceramah Ihya' Ramadhan, Majlis Bacaan Yaasin & Tahlil + Iftar Jamaie Alumni dan juga Trip Raya Alumni sempena ziarah ke rumah mantan-mantan Pengetua.
selain itu, mesyuarat dapat memutuskan juga mengenai blog rasmi dan
laman sosial Facebook sebagai sumber maklumat kpd alumnis, dana infak alumni, pertandingan logo dan moto pertubuhan, t-shirt dan juga cadangan untk menjual barangan cenderamata jenama alumni.
telah dipengerusikan oleh Presiden - Ust Shaifulizam Jamaludin, dihadiri oleh Timbalan Setiausaha - Sdr. Lokman Aiman, Bendahari Kehormat - Ust Mohd Nazom, Exco Kebajikan dan Kerohanian - Sdr. Shahrizan, Exco Penyelidikan dan Dokumentasi - Sdri. Nur Amirah dan Exco Diplomasi dan Protokol - Sdri. Syukrina.

Forum: SMKAS Bumi Tarbiyah dlm Prog Perkongsian Ilmu Bersama Alumnis Siri 3

Sdr. Syeikh Umar Bagharib, SPM 2002 ketika forum dijalankan, sabil diperhatikan oleh Sdr. Izzat Naqib, PMR2005.

Pelajar putera dan puteri SMKAS.

Sdri. Syeril Nadia, SPM 2003 ketika memberikan sedikit tazkirah akhir.

Program Perkongsian Ilmu Bersama Alumnis Siri 3

14 JULAI 2012, telah diadakan satu Forum bertajuk SMKAS Bumi Tarbiyah di Surau Hassan Al-Basri, SMKAS.  Forum yang dipanelkan oleh tiga orang alumnis, telah diadakan selepas solat Maghrib yang dihadiri oleh semua pelajar putera dan puteri.

Panel pertama ialah Sdr. Muhammad Izzat Naqib Bin Md Yusof - PMR 2005, Sdr. Syeikh Umar Bagharib - SPM 2002 dan buat pertama kalinya alumnis wanita menjadi panel untuk program bersiri ini, iaitu Sdri. Syeril Nadia Binti Rosli, SPM 2003. Selama lebih kurang satu jam setengah, forum membincangkan mengenai pelbagai bidang yang telah dicapai oleh warga SMKAS dan juga beberapa motivasi dapat diselitkan.

Siri kali ini adalah yang terakhir pada tahun ini, telah dihadiri oleh Timbalan Setiausaha, Sdr. Lokman Aiman serta beberapa lagi alumnis dari generasi SPM 2007 & STPM 2009. semoga program seperti ini menjadi program tahunan buat alumni.