Alumni SMKAS
14 JULAI 2012, telah diadakan satu Forum bertajuk SMKAS Bumi Tarbiyah di Surau Hassan Al-Basri, SMKAS. Forum yang dipanelkan oleh tiga orang alumnis, telah diadakan selepas solat Maghrib yang dihadiri oleh semua pelajar putera dan puteri.
Panel pertama ialah Sdr. Muhammad Izzat Naqib Bin Md Yusof - PMR 2005, Sdr. Syeikh Umar Bagharib - SPM 2002 dan buat pertama kalinya alumnis wanita menjadi panel untuk program bersiri ini, iaitu Sdri. Syeril Nadia Binti Rosli, SPM 2003. Selama lebih kurang satu jam setengah, forum membincangkan mengenai pelbagai bidang yang telah dicapai oleh warga SMKAS dan juga beberapa motivasi dapat diselitkan.
Siri kali ini adalah yang terakhir pada tahun ini, telah dihadiri oleh Timbalan Setiausaha, Sdr. Lokman Aiman serta beberapa lagi alumnis dari generasi SPM 2007 & STPM 2009. semoga program seperti ini menjadi program tahunan buat alumni.
assalamualaikum, dimaklumkan berita gembira untuk alumnis sekalian.
30.04.2012, Isnin - hari ini dalam sejarah, apabila PERTUBUHAN ALUMNI SMKA SEGAMAT telah pun sah dan lulus di bawah Seksyen 7, Akta Pertubuhan 1966. Sijil kelulusan di atas telah pun dikeluarkan sejurus kelulusan dibuat oleh Dato' Abdul Rahman Bin Othman, Pendaftar Pertubuhan Malaysia.
Pegawai bertindak di Johor Bahru, iaitu Encik Zainal Abidin Bin Shahadan telah pun memaklumkan kepada Timbalan Setiausaha melalui e-mel pada awal pagi tadi. Semoga dengan kelulusan yang diberikan oleh pihak ROS akan menjadi pemangkin kepada alumnis untuk menyertai program dan aktiviti yang dirancang oleh JK.
Turut dimaklumkan, Perlembagaan Pertubuhan yang disahkan pada Mesyuarat Agung Kali Pertama pada 12.11.2011 kini telah dimansuhkan oleh Perlembagaan Pertubuhan yang disediakan pihak ROS.
jom, kita support pertubuhan yg dah sah ini! Dah takde keraguan lagi ni, kabarkan pd rakan batch yg lain ok.. . :
TERIMA KASIH










